 Blog For Free!
Archives
Home
2005 December
2005 November
2005 October
2005 August
2005 May
2005 March
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
My Links
Embunpagi's Blog
Ukhuwah's Blog
nurkasih
kedamaian
Nuriman's Blog
Permatahatiku's Blog
Cahayamata's Blog
Izza's Blog
Kamaliakamal's Blog
mymasjid
senja's blog
makngah's blog
assyifaa
mujahidah
pautankasih
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Seandainya ada salah dan silapku di sini, maafkan segala kekurangan diriku.. segala yang baik adalah dari Allah dan setiap kekurangan adalah dari kelemahan diriku sendiri. Semoga Allah Meredhai Kita Semua..
..MuTiaRa Hadis..
Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana
keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini
tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Riwayat Muslim)
|
| Keajaiban Selawat |
| 12.17.05 (9:25 pm) [edit] |
|
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
|
|
|
| |
| Baiki cara solat kita...khas buat perempuan * |
| 12.17.05 (9:20 pm) [edit] |
|
Baiki cara solat kita...khas buat perempuan *
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Adayg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.
Wassalamu.
** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **
sumber: Telatah.com
|
|
|
| |
| SUAMI TELADAN |
| 11.27.05 (8:20 pm) [edit] |
|
Islam telah menetapkan sistem yang syumul lagi lengkap, pada setiap urusan kehidupan, sehingga mencakupi hal berkaitan kehidupan berumah-tangga. Kesyumulan Islam ini tidak memungkinkan timbulnya sebarang pertikaian atau ketidak-puasan antara kedua belah pihak, setelah Islam menyempurnakan antara kedua mereka segenap tanggung-jawab dan hak-hak antara mereka. Meskipun timbul beberapa pergeseran atau salah faham dalam rumah-tangga, itu bukan berpunca dari pincangnya manhaj yang telah dikemukakan oleh Islam, tapi kerana kita sendiri yang gagal menerapkannya di dalam kehidupan yang sebenar. Untuk menjamin kesejahteraan hidup berumah tangga, ada beberapa garis-panduan yang telah ditetapkan oleh al-quran dan sunnah Rasulullah. Imam Al-Ghazali telah mengggariskan beberapa adab-adab yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi ciri-ciri suami unggulan. Antaranya ialah seperti berikut:
1. & nbsp; &n bsp; MAJLIS PERKAHWINAN
Antara adab pertama ialah si suami hendaklah mengadakan majlis perkahwinan dengan adab-adab yang murni serta mengelakkan pembaziran yang tidak diingini, sesuai dengan kemampuan yang ada. Rasulullah pernah bersabda di dalam riwayat Tarmizi : Memberi makan pada hari yang pertama adalah wajib (wajib diadakan dan wajib dihadiri) memberi makan pada hari yang ke dua adalah sunnah (suatu yang tidak ditegah, dan hukum menghadirinya adalah sunnah) dan memberi makan pada hari yang ketiga adalah sum’ah (riya’ serta menunjuk-nunjuk) Wajibnya mengadakan jamuan dan menghadirinya pada hari yang pertama adalah di sisi mereka yang berpendapat walimah atau mengadakan khenduri perkahwinan itu wajib atau sunnah muakkad. (Sila lihat sunan Tarmizi)
Demikian juga sunnat mengisytiharkan perkahwinan, dan tiada salahnya bergembira dan berseronok dengan nyanyian dan pukulan gendang, asalkan adab-adabnya terpelihara. Rasululullah bersabda: Bezakan antara halal dan haram (maksudnya lelaki dan perempuan halal setelah berkahwin) dengan suara (nyanyian yang diharuskan, zikir atau ucapan tahniah) dan pukulan gendang. Demikian juga sabda Rasulullah: Isytiharkan perkahwinan, adakanlah di masjid dan pukullah gendang.
Demikianlah saranan Islam ketika mengadakan keramaian di hari perkahwinan. Digesa agar mengisytiharkan perkahwinan kedua mempelai yang berkenaan, di samping mengadakan jamuan makan dengan menjemput tetamu untuk berkunjung sekadar kemampuan yang ada, serta jauhi pembaziran yang tidak diingini. Demikian juga tidak ditegahkan mengadakan hiburan yang menepati kehendak agama serta terpelihara dari campur gaul yang jauh dari adab sopan dan tatasusila.
2. & nbsp; &n bsp; BERAKHLAK BAIK TERHADAP ISTERI
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran : Gaulilah mereka dengan adab yang baik. Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekira si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Islam juga menegah suami mengambil semula pemberian mahar yang telah diserahkan kepada isteri yang pertama, sekiranya ia berhasrat mengahwini isteri yang kedua, sebagai satu penghormatan kepada kaum wanita. Allah berfirman : Dan sesungguhnya mereka (isteri isteri kamu ) telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu.
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun Baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran, agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam juga pernah menyatakan di dalam hadis Baginda, agar kita berlemah lembut melayani wanita dan jangan mengasari mereka : Wahai Anjasyah, perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca (wanita yang sifatnya lembut) Demikianlah Rasulullah mengumpamakan kelembutan wanita. Sekiranya si suami tidak bijaksana nescaya, banyak kecelakaan yang tidak diduga akan menimpa, bahkan sampai tahap runtuhnya rumah tangga.
3. & nbsp; &n bsp; MERA’IKAN PERASAAN ISTERI
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri Baginda yang mulia dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri, ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri Baginda, meskipun Baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad. Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah menghendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa’ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri Baginda Saidatina Aisyah, meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun Baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri Baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim : Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya. Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia.
Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan Baginda beradab sopan bersama isteri Baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga diriwayatkan, ketika Baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, Baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui tuhannya. Demikianlah adab Rasul bersama isteri Baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhannya.
4. & nbsp; &n bsp; BERSEDERHANA PADA SIFAT CEMBURU (prihatin)
Apa yang dimaksudkan dengan cemburu di sini ialah keprihatinan melampau si suami terhadap tindak-tanduk isteri dan terlalu mengawasi gerak langkahnya. Islam menegahkan keterlaluan dan melampau dalam menjejaki tindak-tanduk isteri dan sentiasa menghidu segala kesilapan dan kepincangannya. Islam menegah kita merisik-risik atau mengintip keaiban isteri, sehingga tertanam rasa buruk sangka terhadap isteri dan terlalu mengorek rahsia yang tersembunyi. Saidina Ali pernah berkata : Janganlah kamu terlalu cemburu terhadap isteri kamu sehingga melemparkan prasangka buruk terhadapnya. Kita juga digesa menasihati isteri dengan penuh hikmah dengan tutur-kata yang benar-benar berkesan. Jauhi sifat menengking dan mengherdik isteri; dan ini sememangnya sifat yang sangat tercela. Ada dinyatakan pada khabar yang masyhur : Wanita ibarat tulang rusuk yang bengkok, sekiranya kamu cuba untuk meluruskannya, nescaya ia akan patah.
Manakala sifat cemburu atau prihatin yang kena pada tempatnya adalah suatu yang terpuji dan digesa oleh syara’, seperti sentiasa prihatin mengawasi isterinya agar sentiasa menutup aurat, menundukkan pandangan, menjaga batas pergaulan, menjaga kehormatan diri dan lain-lain lagi. Rasulullah pernah bersabda : Sesungguhnya Allah bersifat cemburu dan mukmin juga bersifat cemburu, Allah sangat cemburu (sensitif) jika seorang mukin itu mendatangi perkara yang diharamkan-Nya.
5. & nbsp; &n bsp; BESEDERHANA MEMBERI NAFKAH
Besederhana dalam memberi nafkah terhadap isteri bermakna tidak terlalu bakhil dan tidak pula terlalu boros. Perkara yang paling baik ialah yang pertengahan. Allah berfirman dalam al-quran pada surah Al-A’raf : 31, Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Demikianlah Islam mendidik para hambanya. Islam tidak menghalang fitrah hambanya yang sukakan keindahan dan kecantikan, Islam tidak melarang memakai pakaian yang cantik asalkan kita sanggup menjaga batas-batas yang digariskan oleh syara’ dan tidak membazir
Dan firman Allah dalam surah al-Isra’ : 29, Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Apa yang digesa oleh syara’ ialah berpatutan dalam membelanjakan nafkah sesuai dengan keperluan keluarga.
6. & nbsp; &n bsp; MEMBERI DIDIKAN YANG SEMPURNA
Si suami juga perlu memastikan si isteri mendapat pendidikan yang sempurna, demi mengelakkan berlakunya kepincangan dalam rumah tangga dan keretakan yang tidak diduga. Si isteri adalah orang yang paling rapat dengan anak anak, berbanding suami yang sering keluar rumah untuk mencari rezeki dan nafkah menanggung keluarga. Jika si isteri jahil dan tiada pengetahuan, bagaimana ia mampu untuk mendidik anak-anak dengan didikan dan adab-adab yang sempurna. Ibulah orang yang paling berkesan mendidik anak-anak semenjak kecil, bak kata pepatah : Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Meskipun anak-anak boleh belajar di sekolah, namun berapa ramai guru yang mampu melahirkan pelajar berakhlak melainkan sekadar memberi pengajaran secara teori. Ibu pendidik sebenar anak-anak dan merekalah yang lebih akrab bersama anak-anak.
& nbsp; &n bsp; &nb sp; Si isteri juga perlu mengetahui hukum-hakam agama seperti bersuci, bagaimana melayan suami, hukum-hakam sembahyang, berpuasa, zakat, haji, hak-hak jiran tetangga, anak anak yatim, orang miskin dan lain-lain lagi. Si suami juga adalah orang yang paling bertanggung-jawab menyelamatkan diri dan ahli keluarganya dari api neraka.
7. & nbsp; &n bsp; BERADAB MENGGAULI ISTERI
Sebelum si suami menggauli isterinya (berjima’) Islam menyarankan agar dimulakan dengan membaca Bismillah… serta membaca surah al-Ikhlas dan doa-doa yang lain. Demikian juga disunatkan melakukan hubungan suami isteri pada malam Jumaat, sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. Rasulullah juga menegah suami hanya mementingkan diri sendiri dalam melalakukan hubungan seks sehingga mengabaikan kepuasan isteri, sebaiknya si suami bijaksana membangkit syahwat isteri sehingga kedua-duanya bersama merasai puncak seks. Islam juga menegah suami menggauli isteri ibarat haiwan, yang melampaui batas-batas kemanusiaan.
Demikianlah kehebatan Islam dalam mengatur kehidupan penganutnya sehingga perkara yang menyangkut hubungan suami isteri turut dinyatakan garis panduannya, untuk menjamin kebahagiaan hidup muslim. Islam juga menganjurkan si suami menggauli isteri selang empat hari sekali dan inilah yang paling sederhana. Islam menegah suami mendatangi isteri ketika haidh dan sebelum mandi hadas, kerana bahaya kotoran yang terkandung pada diri wanita, yang tidak perlu dinyatakan di sini. Ahli sains telah mengakui darah kotoran tersebut boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kelamin. Selepas mengauli isteri disunatkan berwudhu sebelum tidur dan juga sebelum makan.
8. TIDAK MEMBOCORKAN RAHSIA ISTERI
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam memuliakan rahsia kehidupan suami isteri, serta menghormati rahsia isteri dalam hubungannya bersama suaminya. Diriwayat oleh Imam Ahmad dan Muslim, bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumah tangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah.
9. KESETIAAN
Antara kemurniaan dalam kehidupan berumah-tangga ialah kesetiaan. Kita boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasul terhadap Khadijah, meskipun Baginda telah mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda daripada Khadijah. Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-Muzaniah pernah datang menemui Rasul, Aisyah bertanya kepada Rasul siapakah wanita tersebut, yang membuatkan Rasul menyambutnya sedemikian rupa. Rasul menjawab : Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama Khadijah. Lantas Aisyah berkata : Tiada wanita yang paling aku cemburui di kalangan wanita di alam maya ini melainkan Saidatina Khadijah.
Rasulullah sering mengingati Khadijah, sehingga Aisyah mengeluh dengan berkata, seakan tiada wanita lain di dalam dunia ini melainkan Khadijah. Lantas Rasulullah menjelaskan kepada Aisyah : Khadijah adalah wanita yang sangat mulia dan bijaksana. Dia beriman denganku di saat semua manusia kufur denganku, ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku, ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kafir menyekatku. Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama Khadijah, dan kesemua anak Rasulullah adalah dari benih Khadijah. Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama Khadijah dan Baginda tidak mengahwini wanita lain, selama Baginda bersama Khadijah, kecuali setelah Khadijah dijemput Tuhan, barulah Rasulullah mengahwini Saidatina Aisyah. Ini semualah yang menyebabkan ingatan Rasul terhadap Khadijah terlalu kukuh, sehingga membuatkan Aisyah merasa cemburu.
Demikianlah Rasulullah menghargai ikatan yang pernah ditautkan bersama Khadijah, selama sekitar 25 tahun hidup sebumbung dengannya serta mengingatinya, meskipun Rasulullah telah mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda, dan ini semua tidak mampu untuk mengikis ingatannya terhadap Khadijah. Demikianlah agungnya erti sebuah kesetiaan.
Inilah antara ciri-ciri unggulan suami teladan yang telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali serta ulama’ lain sebagai kewajipan suami dalam memenuhi tuntutan kehidupan berumah tangga. Sekiranya kesemua ciri-ciri ini berjaya dilaksanakan, nescaya kehidupan aman tenteram dan jauh dari segala unsur-unsur yang boleh merenggangkan hubungan suami isteri serta menggugat keharmoniannya.
Sumber Rujukan Utama :
1. & nbsp; Al-Usrah al-Muslimah &n bsp; &nb sp; & nbsp; &n bsp; &nb sp; – Dr. Abdul Hakam Al-Sa’idiy
2. & nbsp; Asbab al-Sa’adah al-Zaujiyyah & nbsp; – Imam Al-Ghazali
3. & nbsp; Adab al-Khitbah Wa al-Zifaf & nbsp; &n bsp; – Abdullah Naseh Ulwan.
|
|
|
| |
| Apa erti tangisan ini?? |
| 11.27.05 (8:14 pm) [edit] |
Jenis-jenis air mata
Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua : 1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat. 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu; 1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati. 2) Menangis kerana rasa takut. 3) Menangis kerana cinta. 4) Menangis kerana gembira. 5) Menangis kerana menghadapi penderitaan. 6) Menangis kerana terlalu sedih. 7) Menangis kerana terasa hina dan lemah. 8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis yang tercela dan terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Air mata yang tidak di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Tangisan yang memadamkan api Neraka
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”
Dari itu……..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, …..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”
Sumbangan : Kamarul
|
|
|
| |
| Hadis berkaitan puasa.. |
| 10.23.05 (10:06 pm) [edit] |
Mungkin hasil yang diraih seorang shoim (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang shalat malam (qiyamul lail) hanyalah berjaga. (HR Ahmad dan Hakim)
Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)
Barangsiapa berbuka puasa Ramadan sehari tanpa rukhshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup dia melakukannya. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari : 1100 Hadits Terpilih, Sinar Ajaran Muhammad. Dr. Muhammad Faiz Al-Math, Gema Insani Press, 1991, hal. 28
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri Radhiallahu 'anhu berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith riwayat Bukhari)
Dari Salim, dari bapaknya ra, katanya seorang laki-laki bermimpi bahwa malam qadar terdapat pada malam ke dua puluh tujuh bulan Ramadhan. Maka bersabda Nabi saw, "Aku bermimpi seperti mimpimu, yaitu pada sepuluh malam yang akhir. Karena itu carilah dia pada malam-malam yang ganjil." (Shahih Muslim)
Dari Ibnu 'Umar ra, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal." (HR Muslim)
Sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya (boleh) berpuasa untuk menggantikannya." (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abdullah bin Umar ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah."(HR Ahmad)
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya: 1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi. 2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka. 3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.' 4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain. 5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)
Dari Jabir ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (HR Ahmad)
Rasulullah saw. bersabda: Sahur itu seluruhnya berkah, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat Nya memberi shalawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (HR Ahmad)
Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi
Nabi s. a. w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi
Rasululah s. a. w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari
|
|
|
| |
| Taufan Katrina ragut 80 nyawa |
| 08.30.05 (3:11 pm) [edit] |

|
BEBERAPA penduduk New Orleans mengharungi jalan raya yang ditenggelami banjir akibat taufan Katrina. - AFP.
|
BILOXI, Amerika Syarikat (AS) 30 Ogos - Sekurang-kurangnya 80 orang dilaporkan terbunuh di Mississippi manakala pihak berkuasa Louisiana bertungkus-lumus menyelamatkan ratusan penduduk yang terperangkap dalam banjir selepas taufan Katrina melanda kawasan pantai AS di Teluk Mexico.
Taufan pembawa maut itu mengakibatkan kerosakan meluas di sepanjang pantai sewaktu melanda negeri Louisiana semalam dengan tiupan angin sederas 224 kilometer sejam.
Katrina kemudian mengganas di seluruh Mississippi, Alabama dan barat Florida.
Di seluruh kawasan terbabit, bangunan-bangunan mengalami kerosakan, jalan raya dan ladang ditenggelami air, bot dan kereta berselerakan manakala sampah sarap dan pokok tumbang kelihatan di merata tempat.
Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Daerah Harrison, Jim Pollard berkata, 30 daripada mangsa itu maut di sebuah kompleks pangsapuri di Bilozi di mana mereka mati lemas atau dihempap runtuhan bangunan.
Kebanyakan kematian itu dipercayai berpunca daripada ribut kencang yang datang dari arah laut dan bergerak sejauh 1.5 kilometer ke kawasan pedalaman di Mississippi.
Mangsa lain terkorban akibat dihempap pokok tumbang dan dalam kemalangan kereta akibat cuaca buruk.
``Negeri ini telah menerima tamparan hebat di kawasan pantai,'' kata Gabenor Mississippi, Haley Barbour.
Di kebanyakan kawasan, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan mangsa disebabkan paras air yang naik atau timbunan sampah sarap.
Di New Orleans, penduduk menyelamatkan diri daripada banjir dengan memanjat ke loteng atau bumbung rumah. - Reuters
|
|
|
| |
| Rasulullah tak hirau pujukan Yahudi dalam Israk Mikraj |
| 08.30.05 (3:03 pm) [edit] |
DALAM perjalanan Israk Mikraj pada 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW ditunjukkan pelbagai keazaban umat manusia di atas keingkaran yang mereka lakukan di dunia.
Rasulullah bersama Jibril dipertemukan dengan sebahagian kaum yang dihidangkan daging yang dimasak dengan baik dalam bekas perak. Di sebelahnya pula terhidang daging mentah, lagi busuk. Tetapi yang menghairankan, mereka memilih untuk makan daging mentah lagi busuk itu.
Baginda segera bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu. Jibril menerangkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada umat Rasulullah – lelaki dan perempuan yang mempunyai isteri atau suami yang halal–tetapi ditinggalkan. Sebaliknya mereka mendatangi perempuan atau lelaki za'niah (pelacur).
Dalam perjalanan berikutnya, ditunjukkan beberapa kayu berduri di jalan dan sesiapa yang melalui jalan berkenaan pasti akan terluka atau terkoyak bajunya. Lalu Rasulullah pun bertanya kepada Jibril.
Jawab Jibril: "Inilah seumpama beberapa kaum daripada umat engkau yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak) mengintai-intai orang yang lalu di jalan itu bertujuan mengganggu dan sebagainya."
Lalu Jibril membaca firman Allah bermaksud: "Dan jangan kamu duduk di jalan-jalan untuk menakut-nakutkan (mengganggu) orang lain."
Ketika Rasulullah bersama Jibril meneruskan perjalanan, sampailah mereka ke suatu tempat. Di situ Baginda terlihat seorang lelaki yang berenang dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.
Rasulullah pun bertanya: "Apakah sebenarnya kejadian itu"? Jibril pun menjelaskan itulah diumpamakan sebahagian daripada umat Baginda yang memakan riba.
Kemudian Rasulullah berjumpa pula dengan seorang lelaki yangmenghimpunkan beberapa bekas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya, tetapi semakin ditambah pula kayu itu. Semakin tidak terdaya semakin kayu itu ditambahnya dan begitulah seterusnya.
Rasulullah pun bertanya kepada Jibril mengenai kejadian itu, lalu, Jibril menerangkan bahawa itulah seorang yang memegang amanah, tetapi tidak mampu melaksanakannya, namun mereka masih juga mahu menerima amanah lain.
Seterusnya sampailah mereka ke suatu tempat di mana beberapa kaum yang menggunting lidah dan bibir sendiri.
Setiap kali lidah dan bibir mereka putus, ia pulih seperti sedia kala dan mereka mengguntingnya kembali dan begitulah seterusnya berulang-ulang kali.
Rasulullah pun bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril: "Inilah diumpamakan seseorang yang mengajarkan manusia dengan tiada sebenarnya dan mereka tidak membuat apa-apa yang mereka ajarkan."
Kemudian Nabi Muhammad bersama Jibril terjumpa pula beberapa kaum yang mempunyai kuku tembaga tajam.
Mereka menggaru-garu muka serta badan hingga tersiat daging danbercucuran darah.
Rasulullah segera bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu.
Jibril menjawab: "Inilah seumpama mereka yang makan daging, suaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain."
Selepas itu, dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah ternampak satu lubang kecil. Tiba-tiba keluar seekor lembu jantan dan cuba hendak masuk semula ke dalam lubang itu, tetapi tidak berjaya.
Rasulullah pun bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril: "Itulah umpama seseorang yang mengerjakan serta memperkatakan perkara yang dimurkai Allah, kemudian dia menyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya."
Baginda dan Jibril pun meneruskan perjalanan dan tiba-tiba Rasulullah ditegur oleh pihak di sebelah kanan seraya berkata: "Wahai Muhammad, pandanglah aku. Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau suatu perkara."
Tetapi Rasulullah tidak menyahut panggilan itu. Lalu Jibril pun menerangkan bahawa itulah seruan Yahudi dan jika Baginda menjawab tadi, nescaya ramailah di kalangan umat Baginda yang menjadi Yahudi.
Selepas itu Rasulullah ditegur oleh pihak di sebelah kiri, tetapi Baginda masih tidak menyahut.
Berkata Jibril: "Itulah seruan Nasrani dan jika engkau menjawab seruan itu tadi, wahai Muhammad, nescaya ramailah di kalangan umat engkau yang menjadi Nasrani."
Tidak lama selepas itu, Rasulullah diseru seorang perempuan yang memakai perhiasan cantik. Tetapi, Rasulullah tidak menyahut panggilan itu.
Lalu Jibril pun menjelaskan kepada Rasulullah bahawa jika Baginda menjawab panggilan itu, nescaya ramailah di kalangan umatnya yangmementingkan perkara dunia daripada akhirat.
Selepas itu, Rasulullah diseru pula oleh seorang tua yang duduk jauh daripada mereka.
Berkata Jibril: "Teruskan perjalananmu wahai Muhammad. Sesungguhnya itu adalah musuh Allah (iblis)."
Lalu mereka pun meneruskan perjalanan.
Dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba mereka bertemu seorang perempuan tua di tepi jalan.
Apabila ditanya oleh Rasulullah, Jibril pun menerangkan bahawa itulah diumpamakan umur dunia. Tiada apa-apa yang tinggal lagi melainkan umur perempuan tua itu.
Beritaharian online
|
|
|
| |
| Nasihat Imam Syafiee dalam mencari sahabat... |
| 05.30.05 (4:46 am) [edit] |
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.
Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.
Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.
Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..
Wassalam...
:)
|
|
|
| |
| Doa Harian.. |
| 05.27.05 (2:28 am) [edit] |
DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.
DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).
DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.
DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.
DOA MENYEMBUHKAN DEMAM (Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca) Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.
MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.
DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)
DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.
DOA KETIKA MENEGUK AIR Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.
DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.
DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.
DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.
TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.
DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.
DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.
DOA MOHON DITETAPKAN IMAN Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.
DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.
DOA BADAN TERASA SAKIT Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.
DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.
DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.
DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripaga syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.
DOA MOHON KEKUATAN IMAN Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.
DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.
UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.
DOA KETIKA DATANG MUSIBAH Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.
DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.
DOA TOLAK BALA Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.
DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
DOA UNTUK PENGANTIN Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.
DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.
|
|
|
| |
| Wasiat Rasulallah kepada Ali Bin Abi Talib |
| 05.17.05 (2:23 am) [edit] |
Antara Wasiat Rasulullah kepada Ali ialah Aku berwasit kepadamu dengan sesuatu wasiat, maka jagalah ia baik-baik kerana selama engkau memelihara wasiat itu nascaya engkau akan tetap berada dalam kebaikan.
Wasiatnya lagi berbunyi ya Ali bagi orang mukmin itu ada tiga tanda yang menjadi ciri-ciri khasnya, melakukan Solat, berpuasa dan berzakat dan bagi orang munafik pula ada tiga tanda iaitu berpura-pura sayang bila di depan, mencela di belakang dan gembira bila orang lain mendapat musibah atau kesusahan.
Seterusnya Rasulullah berpesan lagi bagi orang-orang zalim ada tiga ciri-cirinya pula iaitu menggagahi orang bawahannya dengan kekerasan dan kerakusan, bertindak kepada orang diatasnya dengan kedurhakaan dan memperlihatkan kezaliman dengan terang-terangan dan bagi orang yang riak pula ada tiga tandanya iaitu Rajin bila ia berada dihadapan mata orang ramai, malas bila bersendirian dan ingin dipuji untuk semua perkara. Bagi orang munafik pula ada tiga tanda iaitu Bohong bila berbicara, mungkir bila berjanji dan khianat bila ia diberi amanah.
Pesanan Rasulullah lagi bagi orang pemalas ada tiga tanda iaitu menunda-nunda dan menangguh-nangguh waktu sampai sia-sia, menyia-nyiakan kesempatan sampai luput waktu dan melalaikannya sampai berdosa dan tidak sepatutnya orang yang berakal menonjolkan diri kecuali tiga perkara iaitu berusaha untuk penghidupan,mencari hiburan dalam sesuatu perkara yang tidak terlarang dan mengenangkan hari kebangkitan.
Pesan Rasulullah seterusnya ya Ali! tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan, tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal tidak ada kekuatan yang lebih kuat daripada musyawarah, tidak ada iman yang lebih hebat dari keyakinan, tidak ada warak yang lebih baik daripada menahan diri, tidak ada keindahan seindah budi pekerti dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur.
Rasullah berpesan lagi kepada Ali iaitu segala sesuatu ada penyakitnya dimana penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu ialah lupa, penyakit ibadah ialah riak, penyakit budi pekerti adalah memuji diri, penyakit berani adalah agresif, penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian, penyakit cantik adalah sombong, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah suka menonjolkan diri, penyakit raja adalah berlebih-lebihan dan penyakit agama adalah nafsu
Ingatlah akan pesanan ini sebagai panduan hidup kita menuju keredhaan Allah - petikan dari Peringatan Sebelum Mati. Jangan memsia-siakan peluang yang ada.
|
|
|
| |
| 10 Nasihat Untuk Muslimah.. |
| 03.07.05 (10:16 pm) [edit] |
1. Malu tidak menghalang ilmu jika ia berlandaskan agamamu. Malu juga takkan menghalang kamu dari bercakap benar.
2. Lihatlah dunia dengan pandangan i'tibar, elakkan dirimu dari memandangnya dengan pandangan kasih dan jauhkan dirimu dari berlumba-lumba mengejarnya.
3. Adakah kamu bersedih kerana kehilangan harta sedangkan kamu tidak bersedih kerana kehilangan umurmu bersama sedikitnya amalmu?
4. Seagung-agung wanita ialah mereka yang sanggup mengorbankan dunianya kerana akhiratnya.
5. Jika kamu tidak redha dengan ketentuan Tuhanmu, bagaiman pula kamu mengharap redha dari-Nya.....?
6. Apabila kamu hendakkan kekhusyu'kan hati, elakkan dirimu dari berlebih-lebihan dengan pandangan matamu.
7. Berhati-hatilah kamu denan riya' kerana ia adalah seburuk-buruk perosak bagi hatimu yang solehah.
8. Tanamkan semangat jihad dalam diri anakmu, alakkan rumahmu menjadi reban ayam yang hanya menggemukkan penghuninya untuk di sembelih musuh Allah! Jadikanlah ia umpama kandang singa yang bakal melahirkan penegak Kalimatullah.
9. Hayatilah kalam isteri pejuang yang di penjara, apabila di tanya bagaimana sara hidup mereka selepas ini katanya ," Aku mengenali suamiku sebagai pembawa rezeki kepadaku tapi dia bukanlah pengurnia rezeki buatku".
10. Jika benar jiwamu takut kepada Allah, pasti hatimu tidak akan takut kepada kematian dan kefakiran. "
|
|
|
| |
| MALU.. |
| 03.06.05 (11:48 pm) [edit] |
Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"
Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!
|
|
|
| |
| Tsunami: Mayat masih berdarah dijumpai |
| 01.31.05 (9:25 pm) [edit] |
Daripada: AMIR SARIFUDIN dan RAJA LUVENA SHARIFUDDIN
BANDA ACEH 31 Jan. - Satu lagi keajaiban berlaku. Pasukan penyelamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan operasi mencari, menjumpai mayat seorang lelaki yang masih berdarah walaupun bencana tsunami telah berlaku lebih sebulan lalu.
Mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui di belakang sebuah hospital berhampiran Masjid Baiturrahim di Bhayang Kara di sini semalam.
Sebaik sahaja ditemui, anggota-anggota PDRM yang mengangkat mayat berkenaan mendapati darah masih menitis.
Mayat mangsa juga didapati masih elok.
Perkara itu diceritakan oleh Pegawai Pemerintah Medan Ops Hati Budi PDRM, Supritendan Md. Yusoff Disa kepada Utusan Malaysia.
Katanya, anggota-anggota PDRM pada mulanya rasa terkejut kerana menyangka mangsa berkenaan seolah-olah baru sahaja meninggal dunia.
``Ketika diangkat, darah mangsa tsunami itu masih menitis. Mayatnya juga elok.
``Mayat mangsa itu ditemui tertimbus di bawah batu-bata dari rumah bangunan,'' katanya.
Minggu lalu, pasukan penyelamat Malaysia itu menemui mayat dipercayai sepasang suami isteri berpelukan bersama mayat empat anak mereka yang masih dalam keadaan elok.
Mayat si bapa ditemui sedang memeluk seorang anaknya manakala si ibu pula memeluk tiga orang anaknya yang lain.
Mayat keluarga itu ditemui dalam Masjid Baiturrahim.
``Disebabkan keadaan mayat itu, usaha memisahkan mereka bagi membolehkan setiap mangsa dimasukkan dalam karung plastik gagal kerana jasad melekat antara satu sama lain,'' kata Md. Yusoff.
Sambil mengagumi kebesaran Tuhan, beliau berkata, adalah sesuatu yang menakjubkan dan luar biasa apabila mayat yang telah lebih sebulan masih berada dalam keadaan baik.
Ketika ditemui hari ini pula, Md. Yusoff berkata, sepanjang operasi mencari mayat, ada kalangan anggota PDRM yang cedera disebabkan terkena paku dan benda tajam.
Menurutnya, walaupun luka yang dialami kecil, namun anggota-anggota terbabit telah dihantar ke Hospital Bergerak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Gue Gajah, untuk rawatan.
``Walaupun cederanya kecil tetapi kami kena berhati-hati supaya tidak berlaku jangkitan kuman.
``Bagaimanapun sehingga kini, semua anggota PDRM berada dalam keadaan sihat dan penuh bersemangat untuk meneruskan tugas,'' katanya. |
|
sumber:utusan online
|
|
|
| |
| Dua mayat pelajar kita ditemui belum reput |
| 01.31.05 (9:21 pm) [edit] |
Dua mayat pelajar kita ditemui belum reput
Daripada Mohd Azis Ngah di Aceh
 JEMAAH Haji, Raja Dalam Shuib, 65, berdoa dalam kesedihan di kawasan runtuhan rumahnya di Banda Aceh setibanya dari Mekah awal pagi, semalam. - Gambar Izhari Ariffin.
DUA mayat wanita dipercayai pelajar Malaysia, ditemui dalam keadaan duduk dan sedang berdoa serta lengkap berpakaian purdah atau telekung serba hitam, selepas lebih sebulan bencana gempa bumi dan ombak tsunami memusnahkan wilayah ini.
Kedua-dua mayat itu yang masih belum reput, ditemui tertimbus di celah runtuhan bangunan dalam operasi mencari mangsa tsunami di Perkampungan Desa Bilang Krueng, Aceh Besar, Sabtu lalu.
Kedua-duanya pelajar itu dipercayai menyewa rumah berhampiran rumah sewa seorang pelajar lelaki, dikenali sebagai Ali juga dipercayai rakyat Malaysia, tetapi sehingga kini masih dilaporkan hilang.
Mayat kedua-dua pelajar itu ditemui kira-kira 100 meter dari rumah sewa mereka.
Mangsa dikenal pasti oleh seorang penduduk yang memang mengenali pelajar berkenaan dan kerap memanggilnya dengan gelaran ‘cewek Malaysia’.
Perkara itu sudah dimaklumkan kepada Polis Republik Indonesia (Polri) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk urusan pengebumian.
Saksi yang dikenali sebagai Mohd Rizal, 30, berkata ketika mayat kedua-dua mangsa ditemui, mereka lengkap memakai purdah atau telekung serta dalam keadaan sedang berdoa.
Penolong Pegawai Medan PDRM, Deputi Superintendan Mohd Isa Yahya, mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan kedua-dua mayat itu, tetapi masih memerlukan maklumat lanjut berhubung kerakyatan mangsa.
“Berdasarkan maklumat awal, mereka dikatakan pelajar Pusat Pengajian di Banda Aceh Besar, tetapi kami belum mempunyai identiti kedua-duanya.
“Jika benar kedua-duanya rakyat Malaysia, kami mohon kerjasama semua pihak termasuk Wisma Putra bagi mengesan waris mereka. Mungkin mereka mempunyai maklumat yang boleh membantu,” katanya ketika ditemui di kem PDRM di sini, petang semalam.
Mayat kedua-dua pelajar itu sudah dikebumikan di tanah perkuburan beramai-ramai mangsa tsunami, tetapi sehingga kini PDRM belum dapat mengesahkan lokasi sebenar tanah perkuburan itu.
Wisma Putra bagaimanapun sebelum ini mengesahkan tiada pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan hilang atau terkorban dalam bencana 26 Disember lalu.
|
| sumber:utusan online
|
|
|
| |
| Pewarna Rambut tetap haram |
| 01.26.05 (12:42 am) [edit] |
Untuk pengetahuan semua, sahabat saya telah menelefon JAKIM dan bercakap dengan Ustaz Shahrulnizam, Bhg Halal & Haram utk mengesahkan tentang pewarna rambut samada sah atau tidak utk dibawa sembahyang. Beliau telah mengesahkan yang pewarna rambut yg berada di pasaran sekarang TIDAK SAH utk dibawa sembahyang kerana bahan kimia yg tedapat didalamnya menghalang air dari meresap ke rambut.
Oleh itu jika anda mewarnakan rambut maka WUDHUK & MANDI WAJIB TIDAK SAH. Tanda 'Halal' yg terdapat pada kotak pewarna rambut, bermaksud tiada bahan haram ( yg berkaitan dengan babi, etc) Bahan yang boleh digunakan utk mewarnakan rambut ialah inai, meresapi air dan mestilah mengandungi bahan yang halal. Diharap sahabat sekelian dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan2 yg lain. Untuk pengesahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi JAKIM @ 03-88864000 Bhg Halal & Haram.
Mudah-mudahan anda semua mendapat kebaikan dari maklumat ini kerana ia melibatkan ibadah harian kita iaitu sembahyang fardhu lima waktu yg juga merupakan salah satu Rukun Islam.
|
|
|
| |
| selamat hari raya aidil adha.. |
| 01.20.05 (8:51 pm) [edit] |
selamat hari raya aidil adha kepada semua pengunjung blog ini.. semoga bergembira..

:) :D :lol:
|
|
|
| |
| 'God signed the tsunami' |
| 01.14.05 (6:27 am) [edit] |
[b]~perkataan Allah pada ombak Tsunami.. subhanallah..~[/b]


 Gambar: The word Allah is inset on the satellite picture. Photo: DigitalGlobe
by Bryan Pearson
Colombo - God signed His name in the tsunami that battered Sri Lanka and other countries on December 26, and sent it as punishment because humans have been ignoring His laws, Sri Lankan Muslims say.
Proof, according to Mohamed Faizeen, manager of the Centre for Islamic Studies in Colombo, is a satellite picture taken seconds after the tsunami smashed into Sri Lanka's west coast near the town of Kalutara and as it was receding.
"This clearly spells out the name 'Allah' in Arabic," Faizeen said, pointing to the shape of the waves - a gigantic "E" complete with whorls and sidewaves that do indeed appear to combine to resemble the Arabic script for the name "Allah".
The picture was taken by the DigitalGlobe Quickbird satellite on December 26 at 10:20am local time, shortly after the moment of tsunami impact. It can be viewed at the website "Allah signed His name," Faizeen said. "He sent it as punishment. This comes from ignoring His laws."
He likened the tsunami to the Old Testament account of floods being sent by God in the time of Noah as punishment for those who had drifted from His ways. He added that he had visited the mainly Muslim Ulvae, near the major town of Batticaloa, and found that a madrassa - an Islamic religious school - had been left untouched while 400 houses around it had been flattened with great loss of life.
The shorelines of many Asian countries hit by the waves had become playgrounds for Westerners and errant Muslims. Vices such as prostitution and drinking were rife, the cleric said.
"Allah first sends small punishments - like loss of business. If we ignore the warning, He sends bigger ones - loss of life. If we still ignore the warnings, the big punishments, like earthquakes and tsunamis will come." Faizeen said areas of Sri Lanka mainly populated by Muslims were the hardest hit and that the waves were aimed at Muslims in Indonesia and Sri Lanka who he said had strayed from God's ways.
The island is around 70 percent Buddhist, 15 percent Hindu, 7.5 percent Muslim and 7.5 percent Christian. Another Muslim leader, Muhammed Fawmey of the International Islamic Youth Front, said he too believed the tsunami was sent by God.
"He clearly signed His name in the waves," said Fawmey, who said the Arabic script in the waves had suddenly "appeared to me as in a vision" when he was staring at the satellite picture.
"The Koran says people can be punished through water or through fire," he added, referring to Islam's sacred scripture.
Scientists have a more rational explanation for the December 26 tsunami - an undersea earthquake measuring 9.0 on the Richter scale off the west coast of northern Sumatra.
"Near the source of submarine earthquakes, the seafloor is 'permanently' uplifted and down-dropped, pushing the entire water column up and down, the US Geological Survey says on its website.
|
|
|
| |
| Tsunami: Masjid tetap berdiri teguh.. |
| 01.09.05 (12:18 am) [edit] |





sumber:http://www.islamcan.com/mirac...
[u][b]Rahmatullah, ”Masjid Ajaib” [/b][/u]
SEBELUM Minggu (26/12), Pantai Lampuuk Kec. Lhoknga Kab. Aceh Besar adalah kawasan wisata yang tiap masa liburan selalu padat dikunjungi wisatawan. Tiap akhir pekan, penduduk Banda Aceh dan kota-kota lain yang ada di sekitarnya selalu berkunjung untuk menikmati birunya air laut dengan ombaknya yang tenang dan menghanyutkan perasaan. Tak heran pula jika tiap senja mendekap mentari, sejumlah "kupu-kupu malam" berkeliaran di bawah remang mencari mangsa. Sebelum hari Minggu yang mencekam itu pula, kawasan Pantai Lampuuk menjadi tempat hunian bagi sekitar 6.000 orang dengan fasilitas permukiman yang pantas dinikmati kelas menengah atas.
Namun, bencana itu datang begitu tiba-tiba. Ketika hari masih pagi dan sebagian penduduknya keluar rumah karena goyangan gempa, malapetaka itu mengubah segalanya. Gelombang pasang dengan kekuatan dahsyat tiba-tiba menerkam, menggulung dan melemparkan seluruh isi kawasan pantai hingga ratusan meter ke arah daratan. Kekuatannya teramat dahsyat, sehingga tak satu pun yang sanggup mencegahnya.
Pohon-pohon cemara berusia puluhan tahun yang berdiri kokoh di pinggir pantai, tercerabut dari akarnya hingga akhirnya tumbang dan terseret puluhan meter dari asalnya. Pohon cemara yang mampu menahan terjangan gelombang pun, kulitnya yang keras dan tebal terlihat mengelupas, ranting-rantingnya hingga ketinggian 10 meter patah dan meranggas. Tiang letrik dan telefon juga bertumbangan hingga melintang di atas badan jalan beraspal. Demikian pula kondisi badan jalan, berkilo-kilometer terkikis aspalnya hingga ketebalan 10 centimeter.
Jembatan-jembatan yang kukuh tak kuasa menahan dorongan kekuatan gelombang pasang. Menara-menara telekomunikasi juga bertumbangan. Sementara, rumah-rumah hancur luluh berantakan dan rata dengan tanah. Bahkan, sebuah rumah permanen dua tingkat, terpotong begitu "rapi" persis di batas tingkat, sehingga bagian tingkat atasnya harus terlempar sejauh 100 meter dan teronggok di atas jalanan beraspal, seperti Taman Sriwedari dipindahkan oleh Sukrasana dari surga. Dan, kawasan pantai nan indah permai itu pun berubah menjadi daerah yang mencekam. Sepanjang mata memandang, hanya hamparan pasir yang tandus, penuh horor dan kotor oleh puing-puing yang berserakan.
Nyaris tak tersisa, kecuali sebuah bangunan. Masjid. Ya, di antara puing-puing reruntuhan, nun jauh di ujung landscape yang gersang, sebuah bangunan berkubah bercat putih tampak tegak menjulang. Namanya Masjid Rahmatullah. Meski di beberapa dinding tampak bolong-bolong dan beberapa bagiannya retak, masjid itu masih berdiri kokoh. Sepertinya, tak ada sudut yang berubah sehingga menjadikan masjid itu harus miring ke kiri atau ke kanan. Semua masih ajek berdiri dengan ujung kubah hitam menjulang menatap langit dan menghadap ke arah pantai.
"Inilah rumah Tuhan, segala mukjizat bisa terjadi. Lihatlah di kiri-kanannya, semuanya hancur berantakan. Tapi, masjid ini masih kokoh berdiri," kata seorang pria yang dengan mulut terus berdecak memandang masjid yang diresmikan 12 September 1997 oleh Gubernur DI Aceh Prof. Syamsudin Mahmud itu.
Itulah sepenggal dari kisah beberapa masjid "ajaib" di NAD. Disebut masjid ajaib karena masjid-masjid tersebut memperlihatkan kekuatannya menahan terjangan gelombang tsunami. Ketika bangunan lain hancur luluh berantakan, bangunan ibadah itu tetap berdiri menjulang. Masjid Rahmatullah hanyalah salah satu dari sekian masjid yang tetap tegar dan ajek berdiri kokoh meski telah diterjang tsunami. Padahal, lokasi masjid relatif dekat dengan bibir pantai dan konstruksi bangunannya pun tak jauh beda dengan bangunan lain. Lokasi Masjid Rahmatullah sendiri sekira 500 meter dari bibir Pantai Lampuuk.
Mungkin, Masjid Rahmatullah adalah saksi bisu bagi peristiwa petaka yang tak akan mungkin bisa dilupakan, bukan cuma oleh orang Aceh dan Indonesia, tapi juga masyarakat dunia. Memang sulit menjelaskan fenomena tersebut. Apakah sekadar peristiwa koinsidensi biasa, karena kebetulan masjid dibangun dengan fondasi yang sangat kokoh dan sudah diperhitungkan siap menghadapi terjangan bencana tsunami atau gempa.
Atau karena ada faktor lain yang lebih besar kekuatannya dari sekadar perhitungan empirik. "Ini semua karena ada yang menjaga, yang di atas sana," kata seorang penduduk sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kubah. "Ini semua hanyalah peringatan bagi manusia, agar selalu ingat kepada yang di atas," lagi-lagi pria tadi mengingatkan.
Masjid ajaib tidak hanya Masjid Rahmatullah. Beberapa masjid seperti Masjid Raya Teuku Cik Maharaja Ghurah di Peukan Bada, sebuah masjid di Ulee Lhee, masjid dekat makam Syah Kuala, masjid di Ujung Karang, Meulaboh, dan beberapa masjid lain di sejumlah tempat, masih tampak berdiri. Padahal bangunan-bangunan lain di sisi kiri-kanannya ambruk berkeping-keping dan berserakan di tanah.
Menelusuri reruntuhan sisa bencana tsunami di seantero Aceh memang memaksa kita berpikir betapa kuatnya terjangan gelombang tsunami. Sebab hanya dalam hitungan detik, semua yang ada bisa berubah dan hilang musnah. Rasa bangga, bahagia dan sombong, seketika berubah menjadi rasa sedih, duka dan rendah diri. Kehilangan adalah perasaan yang berkecamuk di sanubari hampir seluruh warga. Mereka kehilangan keluarga, harta benda, dan status sosial. Tsunami telah membawa kesadaran setiap manusia untuk lebih jauh meraba diri sendiri, adakah kekuatan manusia yang bisa digunakan untuk mencegah kekuatan lain yang lebih dahsyat?
"Lihatlah masjid ini," kata pria yang mengaku penduduk Lampuuk itu. "Siapakah yang bisa menduga jika ia mampu bertahan menghadapi dahsyatnya terjangan gelombang seperti itu? Ini hanyalah sebuah pesan kecil, tak ada tempat bagi kesombongan di dunia ini. Kita harus ingat kepada yang Kuasa, di atas sana." Siapakah Dia? Ah, setiap orang pasti sudah punya jawabnya. (Muhtar Ibnu Thalab/"PR")***
[u][b]‘God's invisible hand’ saved Indonesia’s mosques[/b][/u]
By Victor Tjahjadi - BANDA ACEH, Indonesia
In Indonesia's tsunami wastelands on the northern tip of Sumatra island, little remains of whole towns lost to the colossal forces that came thundering in from the ocean.
But across these battered shores, dozens of mosques still stand, their minarets glinting defiantly in the sun - a phenomenon survivors in the deeply Islamic region credit as much to divine intervention as robust architecture.
"God's invisible hands prevents the mosque's destruction," said Mukhlis Khaeran, who saw the sea sweep away his home village of Baet outside the north Sumatran city of Banda Aceh, but leave the neighbourhood mosque relatively intact.
"He punishes us for our greed and arrogance but He will protect his house," Khaeran said, his arms covered with injuries sustained in the disaster that killed at least 100,000 people around the north Sumatran province of Aceh.
Mosques are an everyday sight in most of Indonesia, but especially in Aceh, credited with the being one of Islam's main gateways into the archipelago of islands which now forms the world's largest Muslim-populated country.
Despite a long-lasting independence struggle, Aceh, parts of which are under traditional Islamic sharia law, has remained a Muslim heartland for Indonesia, which mostly practices a very relaxed interpretation of the faith.
Spiritual beliefs in Aceh and around the Indian Ocean were tested to the limit on December 26 when an epic earthquake sent towers of water crashing ashore, obliterating virtually everything in their path.
But while some spoke of "God's wrath", hundreds turned to their mosques, in panic for shelter from the advancing tides and later for spiritual comfort in a time of desperate need.
In the village of Kaju, also outside Banda Aceh, hundreds of homes were annihilated while the local mosque suffered only a few cracks in the walls.
"There is a saying among Acehnese that a mosque is God's house and no one can destroy it but God Himself," said Ismail Ishak, 42, who was digging rubble from his crumbled house while searching for seven of his relatives.
In Pasi Lhok, some 20 kilometres (12 miles) east of the north Aceh town of Sigli, 100 frightened people sheltering inside their mosque were spared while almost every house in the surrounding five villages was pulverised, according to chief cleric Teungku Kaoy Ali.
In Meubolah, a town on Aceh's western coast less than 150 kilometres (95 miles) from the quake epicentre which bore the full force of the tsunami, leaving at least 10,000 dead, mosques stand sentinel over a vanished town centre.
Banda Aceh resident Achyar said when he saw the waves pounding in from the sea, his first instinct was to turn and run for the nearest mosque.
"I climbed the mosque tower and hung on to an electric wire until water receded," he said. "Many of my friends, many of them ethnic Chinese, died because they climbed to the second floor of their shops and were trapped there," he said.
Another, less divine, explanation for the survival of the mosques is that many are built much more sturdily than most of the other structures in the towns and cities of Aceh.
However one mosque in Sigli was made only of wood but still survived unscathed despite all the other buildings around it being destroyed.
Banda Aceh's grand Baiturrahman mosque suffered partial damage from the quake and tsunami, but proved invaluable to the city's survivors in the minutes, hours and days that followed the cataclysm.
For many it became a rallying place to search for missing friends or relatives, a makeshift hospital to treat the injured and a morgue to collect the dead.
With much of Banda Aceh likely to remain in ruins for months, residents were quick to repay their debt to their cherished religious buildings, working swiftly to ensure the Baiturrahman mosque was one of the first places restored.
On Sunday, some 300 survivors gathered for their first prayers since their five-times daily ritual was halted - a major step on the long road back to normality in Aceh.
|
|
|
| |
| Akibat Tsunami.. |
| 12.28.04 (2:16 pm) [edit] |
|


sumber:agendadaily.com
|
|
|
| |
| Ombak Besar Tsunami.. |
| 12.26.04 (2:26 pm) [edit] |


Seramai 41 orang disahkan mati setakat lewat Ahad malam,31 di Pulau Pinang dam 10 di Kedah akibat ombak besar "tsunami" yang melanda ekoran gempa bumi yang kuat di Utara Sumatra pada jam 8.58 pagi. Senarai nama mereka yang mati - di bahagian bawah berita ini.
Di Acheh lebih 500 orang terkorban,di Madras India hampir 1,000 manakala yang paling teruk ialah di Sri Lanka sekitar 1,700 orang.
Pulau peranginan Phuket di Selatan Thailand juga mengalami bencana yang sama.
Namun begitu jumlah dijangka meningkat kerana operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan diberbagai tempat.
Gelombang ombak besar itu di Pulau Pinang dan Kedah berlaku sebanyak dua kali - pertama pada 9 pagi dan kedua,12 tengah hari.Ramai yang sedang berkelah di sekitar pantai Tanjong Bungah dan Batu Feringgi di Pulau Pinang dilanda ombak besar secara mengejut.Banyak kemusnahan berlaku khususnya keatas bot nelayan di pantai Kota Kuala Muda dan Pulau Langkawi.
Pengarah Bahagian Seismologi Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Low Kong Chiew, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata gempa bumi itu berlaku di Barat Laut Sumatera pada pukul 8.58 pagi.
Ia mengakibatkan gegaran dirasai di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Lembah Klang, katanya.
"Bacaan awal menunjukkan pusat gempa bumi itu adalah di Latitud 3.1 N Longitud 95.5 E (kedudukan lebih kurang 680 km dari Kuala Lumpur) dengan magnitud 7.0 pada skala Richter," katanya.
Di KUALA LUMPUR, gegaran menyebabkan kebimbangan orang ramai termasuk para penghuni apartmen, kondominium dan bangunan tinggi termasuk hotel-hotel.
Telefonis Hotel Nikko, Jalan Ampang, yang hanya mahu dikenali sebagai "Nitra" berkata beliau menerima banyak panggilan daripada para penghuni di hotel itu yang bimbang mengenai keselamatan diri mereka.
"Mereka merasakan gegaran itu dan menyangka bangunan hotel kami akan runtuh," katanya ketika menghubungi Bernama.
Para telefonis di Telekom Malaysia juga memakumkan mereka menerima banyak panggilan telefon dari orang ramai yang ingin memaklumkan kejadian itu.
Di kawasan perumahan Tasik Permaisuri, Cheras, para penghuni kondominium dan pangsapuri di situ berlari keluar dari rumah mereka untuk menyelamatkan diri ketika gegaran berlaku kerana menyangkakan bangunan yang didiami akan runtuh.
Seorang penghuni di Pangsapuri Cendana, Zainal Abidin Razali, 52, berkata beliau merasakan gegaran kira-kira pukul 9 pagi ketika berehat di rumahnya.
"Mula-mula saya ingat kepala saya yang rasa pening sebab terasa bangunan bergoyang.
"Saya mula rasa tidak sedap hati apabila isteri saya menyatakan beliau turut merasakan gegaran itu dan kami terus mengambil anak kami turun ke bawah," katanya yang turun menggunakan tangga dari tingkat 15.
"Ketika turun suasana amat bising dan kecoh dengan jeritan penghuni yang meminta tolong. Inilah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi macam ni," katanya.
Seorang suri rumah yang tinggal di tingkat 7 pangsapuri itu, Bariah Al Bakri, 40, berkata ketika kejadian beliau berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
"Rasa bangunan ni bergoyang macam nak jatuh, saya cuba duduk di kerusi, terasa juga, lepas tu saya dengar orang menjerit...terus saya capai beg tangan keluar dari rumah," katanya.
Polis datang mengawal keadaan dan kira-kira pukul 10.30 pagi penghuni beransur kembali ke rumah masing-masing setelah polis memberitahu kawasan rumah mereka selamat.
Pegawai Bahagian Perhubungan Awam Polis Bukit Aman, Supt Mohammad Daud berkata sehingga pukul 1 tengah hari, polis tidak ada menerima sebarang laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa akibat gegaran itu.
Di PULAU PINANG, beribu-ribu penghuni bangunan tinggi dan hotel, panik akibat gegaran gempa bumi itu terutamanya di kawasan timur laut yang menyebabkan orang ramai keluar dari bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Penghuni bangunan tinggi seperti pangsapuri Tingkat Nusantara setinggi 10 tingkat di Jalan Perak di sini dan Flat 15 tingkat Medan Tengku di Jelutong, meluru ke luar bangunan setelah masing-masing merasakan gegaran menyebabkan keadaan kelam kabut.
Penghuni beberapa buah hotel di negeri ini turut gempar apabila merasakan bangunan hotel mereka bergoyang.
Di PUTRAJAYA, gegaran yang dirasai di blok apartmen 10 tingkat di Presint 8 menyebabkan sekumpulan penghuni bergegas turun menyelamatkan diri.
Anggota parlimen Datuk Tengku Adnan Mansor berkata beliau pergi ke situ sejurus mendengar aduan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan balik semula ke apartmen masing-masing.
Di KOTA BAHARU, gegaran kuat hampir 30 saat menyebabkan kakitangan di bangunan tinggi seperti Wisma Persekutuan, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), dan beberapa penghuni hotel bergegas turun menyelamatkan diri.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengambil langkah keselamatan membawa turun kira-kira 300 pesakit yang berada di tingkat tujuh dan tingkat lapan hospital itu ke luar bangunan.
Timbalan Pengarah (Pengurusan) HUSM, Wan Mohamed Suyuti Wan Ismail berkata pesakit yang dipindahkan ke kawasan letak kereta di luar bangunan wad berkenaan adalah pesakit tidak kritikal dan selepas hampir sejam, mereka dipindahkan semula ke wad masing-masing.
Di ALOR STAR, gegaran kuat dirasai para petugas bangunan tinggi seperti di Bangunan Sultan Abdul Halim, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, MARA, Menara Alor Star, Bangunan Tunku dan Wisma Darul Aman.
Seorang kakitangan kerajaan di Bangunan Sultan Abdul Halim, Mohamed Nizam Ishak, 24, berkata gegaran paling kuat terasa di tingkat atas bangunan itu sehingga menyebabkan perabot dan meja bergoncang.
"Saya dan kakitangan lain berlari keluar dari bangunan itu. Masing-masing bimbang jika keadaan bertambah buruk," katanya.
Di JOHOR BAHARU, gegaran yang dirasakan tidak begitu kuat mengikut beberapa penduduk yang ditemui di Bangunan Flat Bukit Chagar dekat sini, bagaimanapun mereka tetapi berlari turun bangunan.
Seorang surirumah, Ramlah Ahmad, 32, berkata beliau berasa pening apabila keadaan rumahnya di tingkat 16 bergoyang dan air di dalam akuarium berkocak, lantas membawa tiga anaknya turun ke bawah.
Di LANGKAWI, seorang pegawai di Jabatan Laut Kedah berkata ombak besar dikesan di sebelah Pantai Kok, Hotel Porto Malai dan Awana Resort, tetapi setakat ini tidak ada sebarang kerosakan dilaporkan. Sistem pengangkutan feri dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi juga tidak terjejas.
Di KLANG, pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas menerima panggilan mengenai gegaran itu.
Ketua Bomba Sri Andalas Raja Kudin Raja Ahmad mereka memeriksa struktur bangunan itu untuk memastikan tiada yang retak dan ia disahkan selamat sementara pelawat buat beberapa ketika tidak dibenarkan naik ke wad.
Sementara itu di KUALA TERENGGANU beberapa buah bangunan tinggi termasuk Hospital Kuala Terengganu (HKT) turut bergegar, kata Pegawai Penjaga Balai Bomba Kuala Terengganu Mahayaddin Mohamed Din.
Pesakit daripada beberapa wad di Hospital Kuala Terengganu dipindahkan buat sementara sebelum dimasukkan semula selepas keadaan dipastikan terjamin.
Syed Mohamed Hisham Chik, 33, yang sedang menunggu isterinya bersalin berkata beliau mulanya cemas apabila isterinya diarahkan pindah dari dewan bersalin HKT ke Pusat Rawatan Harian, bangunan bersebelahan.
"Namun, Alhamdullillah, tidak ada perkara yang buruk berlaku dan kami dibenarkan masuk semula ke wad pada kira-kira 1 tengah hari," katanya ketika ditemui di hospital itu. ------------------------- ----
Senarai Nama Mangsa Yang Terkorban Dan Hilang
Berikut ialah senarai nama 41 mangsa yang dikenal pasti terkorban setakat ini dalam kejadian ombak tsunami yang melanda Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tengah hari Ahad yang berpunca dari gempa bumi di utara Sumatera, Ahad.
Tiga puluh satu mangsa terkorban di Pulau Pinang dan 10 di Kedah.
Pulau Pinang
1.Nazari bt Mahmod, 39, Gurun, Kedah.
2.Nurul Naimah Mohd Hassan, 18, Guar Chempedak, Kedah.
4.Nurul Hasinah Mohd Hassan, 14, Guar Chempedak, Kedah.
5.Mohamad Faiz Izudin, 5, Lunas, Kedah.
6.Norazlina Aminudin, 5, Bukit Jambul, Pulau Pinang.
7.Zawani Rosli, 10, Utan AJi, Perlis.
8.Yusliza Wahab, 22, Sik, Kedah.
9.P.Arshini, 4, Jalan Terengganu, Pulau Pinang.
10.Goh Pek Choon, 75, Kuala Kangsar, Perak.
11.Fauziah Omar, 37, (tidak dinyatakan)
12.K.Sarasuly, 43, (tidak dinyatakan)
13.Jamaliah Mat Isa, 38, Kangar, Perlis.
14.Mohamad Farid Tupaini, 18, (tidak dinyatakan)
15.Wan Nazirah Mat Zain, 35, (tidak dinyatakan)
16.Hajah Saimah Md Zain, 64, Balik Pulau.
17.Nor Ain Zulkifli, 16, Balik Pulau.
18.Siti Atiqah Zulkifli, 16, Balik Pulau.
19.Noor Shafiqah Abdul Aziz, 6, Balik Pulau.
20.Mohamad Adam Abdul Aziz, 5, Balik Pulau.
21.Teoh Ah Hock, 50, Balik Pulau.
22.Noor Rufiah Ismail, 50, Balik Pulau.
23.Nurdiana Wahida Azzahir, 9 bulan, Balik Pulau
24.Irdawati Shahimi, 23, Balik Pulau.
25.Chin Hai Chee, 50, Balik Pulau.
26.Lina Lee, 36, Balik Pulau.
27.Fong Seng Hock, 69, Balik Pulau.
28.Mohamad Adam Abdul Aziz, 5, Balik Pulau
29.Ng Swee Lee, 10, Balik Pulau.
30.Nur Asmah Mohamad, 22, Teluk Bahang.
31.Mah Hang Ting, 50, Teluk Bahang
Kedah
32.Rofisah bt Abdul Rashid, 69, Kg Kepala Jalan
33.Tempawan bt Kamis, 74, (Kg Kepala Jalan)
34.Norhafizatul bt Fasahah, 11 bulan, Kg Kuala Sungai Muda
35.Mohd Nasir bin Ibrahim, 54, Kg Haji Kudong
36.Saayah bt Hitam, 70, Kg Tepi Sungai)
37 Fatimah Hassan, 70, (Kg tidak dinyatakan)
38.Munah Awang, 81, Kg Tepi Sungai
39.Norma Ahmad, 60, Kg Kepala Jalan
40 Norshuzana Bt sabdin , 15, Kg Kuala Muda
41.Rahmah bt Abdul Kadir, 80, Kg Kuala Triang, Langkawi
Dua orang yang dilaporkan masih hilang di Pulau Pinang dikenal pasti sebagai:
1.Nurul Nazirah Mohd Hassan, 13, Guar Chempadak, Kedah.
2.Mohamad Ferdaus Mohd Hassan, 4, Guar Chempedak, Kedah.
sumber:agendadaily.com
ps:Takziah kepada semua keluarga mangsa dan semoga redha dengan ketentuan Allah..
|
|
|
| |
| Kata-kata nasihat |
| 12.21.04 (12:33 am) [edit] |

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?
Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?
Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.
Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.
Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.
Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.
Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...
Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya... Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya...
Renungkanlah....
|
|
|
| |
| TIPS MENGHARGAI PASANGAN. |
| 12.17.04 (4:12 am) [edit] |
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta
tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya..........
|
|
|
| |
| KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA) |
| 12.11.04 (4:48 am) [edit] |
Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 - Hancur Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?
Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air 100x) Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga) Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam.
------------------------- ------------------------- ---------------
1. Selepas sembahyang subuh 2. 3 Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 4. Ayat 38 - 12x 5. Ayat 58 - 7x 6. Ayat 82 - 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
------------------------- ------------------------- ---------------
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
* Yasin is the jantung of Al-Quran * Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran * Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin: * Child is sick * Feeling troubled. * Memudahkan urusan * Memudahkan perjalanan * As selusoh (to ease pain when giving birth) * Read Yasin 3x over water * Read 3 Qul (three times each) * Fatihah * Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x * Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Wajaalna...."
* Lindungi rumah dari pencuri * baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah. * Lindungi diri dari dianiaya * Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur * Baca Ayat 9 * Fatihah * Read 3 Qul (three times each) * Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...." * Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.." * Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari * Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..." * Jika sakit anggota * Tak tenang hati * Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.." * Bila rasa sedih * Untuk menenangkan hati * Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..." * Tulang patah * Sakit sendi * Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.." * Jika mandul * Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method * Sembahyang tahjud * Sembahyang hajat * Doa minta hajat * Baca ayat 100 x dengan yakin * Amalkan 41 malam
Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan) * Seperti di atas * Bila baca ayat, tiup dalam air * Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/minum benda lain * Doa sambil minum * Untuk 41 pagi
Wallahualam.
yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ilmu Pertanian Ilmu Falak Ilmu Laut Ilmu Kiamat Ilmu Ciptaan Manusia Ilmu Binatang Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12)
2 sebab kenapa kita perlu baca agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok lusa kita akan menyusul jua.
sumber: fauzynm.nurhidayah.com.
|
|
|
| |
| Kenapa Perlu Halal dan haram? |
| 12.07.04 (4:02 pm) [edit] |
Assalamualaikum kpd kengkawan sekalian..
Di sini sy ingin berkongsi sesuatu yg informatif dengan sahabat semua. As Muslim, kita diharamkan memakan khinzir dan apa jua yg berkaitan dengan binatang tuh. Nak tau kenapa?
[b]Bob[/b]: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean? ( Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)
[b]Yunus[/b]: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two. (Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telahmenggariskan perbezaan diantara keduanya.)
[b]Bob[/b]: Can you give me an example? (Boleh awak beri saya contoh?)
[b]Yunus[/b]: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.
(Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah (kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)
[b]Bob:[/b] You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination. (Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ini.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan, malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)
[b]Yunus[/b]: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam. (Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)
[b]Bob[/b]: What do you mean? (Apa maksud kamu)
[b]Yunus:[/b] You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact. (maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)
[b]Bob[/b]: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ. (jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)
[b]Yunus[/b]: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing. (ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging.Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)
[b]Bob[/b]: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine. (Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)
[b]Yunus[/b]: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you. Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy. A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form,be it pork chops,ham, bacon.
(sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)
[b]Bob[/b]: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases. (Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit)
[b]Yunus[/b]: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body. (Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)
|
|
|
| |
| Menziarahi Kaabah.. |
| 12.05.04 (1:00 pm) [edit] |

ALLAH s. w. t menjadikan Kaabah sebagai Rumah Allah - tempat mulia untuk dikunjungi orang ramai - sebagai sebuah tempat aman dan dilimpahi penghormatan dan batu tanda bagi pelindung antara manusia selaku hamba dan penyeksaanNya.
Amalan menziarahi Kaabah untuk melakukan haji adalah satu daripada lima rukun Islam yang diwajibkan sekali seumur hidup kepada umat Islam yang berkemampuan. Seorang Islam yang menyempurnakan ibadat haji seolah-seolah dia melengkapkan amalan agamanya.
Allah berfirman dalam surah al-Haj ayat ke-27 yang bermaksud: "Permaklumkanlah kepada sekelian manusia itu untuk melakukan ibadat haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai (unta dan lain-lain) mereka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh."
Manakala Rasulullah s. a. w pula bersabda: "Barang siapa yang naik haji sedangkan dia tiada berkata kotor atau berbuat jahat, dia akan keluar dari hajinya suci seperti keluarnya bayi di hari dilahirkan oleh ibunya."
Pahala bagi mereka yang berbuat baik pula bakal menerima balasan manis daripada Allah. Al-Hasan al-Bairi r. a berkata: "Bersedekah satu dirham di Kaabah akan dibalas dengan seratus ribu, begitu juga setiap kebajikan dilakukan akan diganda Allah pahalanya dengan seratus ribu kali."
Apabila Rasulullah s. a. w kembali ke Makkah selepas penaklukannya, baginda mengadap kepada Kaabah lalu berkata: "Sesungguhnya engkau ini sebaik-baik bumi Allah azzawajalla dan negeri Allah yang aku cintai. Kalaulah tidak kerana aku dihalau daripadamu, tentu aku tidak akan keluar meninggalkanmu."
Sesudah Makkah, tiada bumi lain diutamakan seperti negeri Madinah, yang terkenal dengan nama Madinah Rasulullah s. a. w. Segala amalan ibadat di dalamnya juga dilipatgandakan pahalanya. Rasulullah bersabda: "Satu kali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih utama daripada seribu kali sembahyang di tempat lain, kecuali Masjidil-Haram (Kaabah)."
Sama pahala Selain itu, bersembahyang di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis digambarkan sebagai sama pahalanya seperti bersembahyang lima ratus kali.
Oleh itu, tiga masjid yang dinyatakan di atas mempunyai tempat amat istimewa pada pandangan umat Islam. Selain ganjaran pahala amat besar yang dijanjikan Allah bagi sesiapa yang beribadah di situ, ia juga ada rentetan sejarahnya yang panjang dan tersendiri.
Selain al-Aqsa yang kini terhimpit dalam pergolakan membabitkan persoalan maruah antara Palestin dan Israel, Makkah dan Madinah kini menjadi pusat pertemuan jutaan umat Islam sepanjang musim haji.
Amalan haji yang dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a. s itu diteruskan dan kembali dimurnikan sebaik saja Rasulullah membebaskan kota itu daripada belenggu kejahilan yang disimbolkan dengan kehidupan Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya.
Seharusnya, kunjungan seseorang Islam ke Makkah dan Madinah - tanah bertuah kerana manusia paling mulia pernah hidup di atasnya - dapat memberi kesan besar sehingga membawa perubahan berkekalan dalam kehidupan seharian.
Semua amalan yang dilakukan sepanjang ibadah haji, sama ada rukun, wajib atau sunatnya, adalah menjurus kepada penegasan terhadap ketunggalan Allah yang selama ini sering diyakini melalui hati dan dilafazkan secara lisan.
Dengan sekian banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi ketika proses menyempurnakan tuntutan rukun Islam kelima ini, terlalu banyak hikmah dan rahsia bakal diperolehi seseorang bakal haji.
Selain ketenangan jiwa dan keberkatan hidup, perjalanan di dua tempat bersejarah itu seharusnya membuka mata dan minda untuk melihat matlamat hidup ini tidak sekadar untuk kepentingan peribadi.
Hayatilah laungan talbiyah: "Kami datang kepadaMu, ya Allah. Kami datang kepada Tuhan yang tidak bersekutu dengan sesuatu apa pun.
"Sesungguhnya segala pujian dan nikmat adalah milikMu. Tiada Tuhan melainkan Kau."
|
|
|
| |
|
Kita akan bersama lagi, insyaAllah..
Terima Kasih..
|